Have an account?
Posted by SJK(T) LADANG SUNGAI TIMAH on Thursday, April 15, 2010 in
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1937.Dikendalikan oleh seorang Sami yang bernama Narayanasamy.Kebanyakan pekerja / penghuni di Ladang Sungai Timah adalah kaum India.Sekolah ini ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.Peringkat permulaan gajinya dibayar oleh ladang.
Sekolah ini didaftarkan pada tahun 1947 dan diambil alih oleh kerajaan.Bangunan lama telah telah ditukar kepada blok bangunan batu pada tahun 1973. Sepanjang penubuhan sehingga kini seramai 19 orang Guru Besar telah berkhidmat di sini.

STATUS SEKOLAH PADA MASA PENUBUHAN

Pada masa penubuhan, bangunan sekolah ini hanya berukuran 10’x15’ yang beratap nipah.Bumbung atap sentiasa bocor.Keadaan fizikal sekolah tidak begitu sempurna baik dari segi bentuk dan persekitaranya.Kemudahan asas juga tidak begitu memuaskan pada masa penubuhan.Bilangan murid pada masa penubuhan adalah sebanyak 16 orang.Bilangan guru pula hanya seorang sahaja iatu En.Narayanasamy.


PERISTIWA YANG TERCATAT DALAM









Sekolah ini mengalami perubahan dari segi bentuk iatu bangunan lama telah ditukar kepada blok bangunan batu pada tahun 1973.



Sekolah ini tidak mengalami perubahan dalam nama dan status sekolah.Tiada juga perubahan dalam gred sekolah dan lokasi sekolah.Sekolah ini masih kekal di Ladang Sungai Timah.
0 Responses to “SEJARAH SEKOLAH”:

Post a Comment